Friday, October 7, 2011

Pengalaman ngeri ku.

Entah. Aku pun tak berapa pasti. Yang aku ingat aku tengah berjalan nak balik ke dorm. Time tu baru pukul 1 pagi. Mane semua orang aku pun tak tau. 

Kurang asam tol diorang biarkan aku, tak kejut aku bangun. Nasib baik lah boleh bersabar lagi kan. Kalau tak... Aishhh! Fuuh. Gelap gila. Cuak lak aku jalan sorang2 nih. Dah, dari jauh aku ternampak something. Bercahaya. Terang pulak tuh.

"Alamak! ape benda tuh" aku bermonolog.

Dup dap dup dap.. Cuak doeh. Nak kencing. Nak berak pun rasa gaaak. Apsal dari tadi tak sampai2 blok asrama nih. Rasa dah jalan lama dah ni. 

Ok lah. Hilang balik rasa cuak bila tengok ade kereta masuk. Ingatkan ape benda tadik. Tapikan. Pelik gak. Kereta apa yang masuk kolej tengah malam buta nih. Ade orang nak seludup student ke? pelik pelik pelik.
Pastu kereta tu pun berhenti depan aku. GELAP. Tak nampak dalam.

Kemudian, skrin kereta turun slow2. Nampak ada Seorang orang yang agak berumur. Beliau pun tanya.

"kamu ni ihsan ke"

"err yea? kenapa? mana pakcik tau nama saya?"

"oh. Sila masuk kereta pakcik. Ada banyak kisah nak diceritakan."


Tanpa membuang masa, aku pun masuk. Kenapa aku masuk, aku pun tak tau. Dah lah first time jumpa. Memang cari pasal betul aku nih. Dia pun drive kereta keluar kawasan kolej. Memang gelap gila sbb kawasan ladang kelapa sawit kan. Pastu, terus dia pecut. Laju~

Tetiba je, aku dengar ada orang gelak. Pakcik tu cuba nak elak ape entah. Bunyi tayar "screeeeecccch.". Tak sempat nak elak, terus hentak pokok kat depan. Aku terpelanting ke depan. Sakit nye..... aduh..

Bangun2, tengok jam dah pukul 5.30 pm.
Pening. Mabuk. Penattt.Rasa nak menjerit pun ada.

so, konklusinya. 

Janganlah tidor petang. Terutamanya lepas asar. Muehehe. 

3 comments:

aisyah said...

aku bace punye lah penuh perasaan..sekali..hahahahaha

Anonymous said...

huh suspend

but i like it
you can elaborate and write a nice short story

Anonymous said...

apa pule ni!