Thursday, December 30, 2010

Zoo is a fun fair

Kali ni nak cerita pasal budak budak kecik kat Taman aku nih. Maksud ku sekitar rumah aku jek ni. Aku baru je membuat sebuah zoo kecil. Tapi ada arnab je pon. But nevermind, I want to name it ZOO. Aku pagar sekitar pokok tuh dengan dawai-dawai yang aku jumpa. First kene ukur dulu. Then potong pakai playar. Sakit tangan kot. Akhirnya siap pun juga. Tak terlalu besar. Ada lah pokok dan rumput nak bagi arnab arnab ku makan.

Aku cuba mengangkat yang betina tuh, tapi dia duduk dalam sangat. Takut2 ngan aku. So malas lah. Amek ajerlah yang jantan. Tak banyak songeh, tak banyak karenah. Senang dan simple! So, inilah hasilnya
.



Baru berapa minit aku merasmikannye, datanglah askar-askar dari rumah depan nih. Oh, pelawat actually. Melawat dan merasmikan zoo aku ney. Sempat jugak aku mengambil gambar dyorang buat kenang kenangan. Menyerikan blog aku dengan gambar2 diorang



Haziq




Apa yang buat aku geram, boleh lak sorang tu terjatuh atas pagar tu. Pagar tu dah lah tak kuat. So mmg jatuh ke tanah. Nasib baek tak kene arnab tuh.
Nasib baik lagik dia x cedera parah.

So begitulah kisah mini zoo aku.

Arnab ni gigit sangkar nak lepaskan diri

Wednesday, December 29, 2010

Buku itu muka

Aku meng upload video ke dalam facebook. Size 164MB. Speed is 24.32kb per second.
Time left is 1 hour and 20 minutes..




After 45 minutes...







Time left is also 1 hour 20 minutes. So I wasted 45 MINUTES of my life!!
and Thats a lot!
Noob facebook. Return my 45 minutes back!
Oh Mark Zuckerberg. Thanx a lot. You really owned me!


Sunday, December 26, 2010

Menunggu

Sekarang ni berada kat Universiti Malaya. Lapar kot. Tadi dengar briefing, Ya Allah mengantuk gilĂ ! Aku dah terlelap dalam auditorium tuh. Lastly, memang x tahan dah, keluar terus dari audi buruk tuh. Muahahaha.

Sekarang nih tengah menunggu kakak dan emak aku yang berada dalam audi tadi tuh. Duduk la aku di fakulti sains. Wth! Dorg pakai loceng lagi ke?

Ahahha, mengutuk je keje aku nih
Published with Blogger-droid v1.6.5

Impian yang hilang

Pejam celik, pejam celik dah nak habis kot cuti nih. At first aku tak kisah pun cuti dah nak abis. But then suddenly My dad suruh gak aku pergi gak. Nak buat macam mana lah kan. So im counting the days spending myself at home. Sedih kot. Sebelum SPM aku asyik membayangkan tidur kat bilik baru aku but sampai sekarang tak siap2 dan tak menunjukkan tanda-tanda untuk siap. So terpaksa la tunggu abis PLKN bongok tu abis dalam masa 3 bulan untuk merasai bilik baruku. Tapi tak apa. Semua ada hikmah KOT -.-"

Lantaklah malas nak pikir...

Semuanya tinggal impian....





Kereta abangku




Pokok tiga cabang




Orkidlah kot



Buah epal perhaps?!



Pokok karpet rumahku



Saturday, December 25, 2010

Mereka itu mereka.

Sebuah coretan pendek
Sebuah nukilan transkirasi
Tanpa persiapan kronologi
Menghambur bicara asing.

Kalian pernah bermadah
Hentakan nostalgia
Memori penuh likuan
Tak perlu ku jelaskan.
Sebuah intipan hati.

Daku dikau, dikau daku,
Dikau daku, daku dikau,
Daku daku, dikau dikau,
Dikau dikau, daku daku.

Merana badan bisa dijelaskan
Tergigit lidah, binasa badan.
Bukan dunia dibawa erti
Menghitung semua sisa baki.
Tak perlu tahu tak perlu gusar.
Semua ini mainan dunia...



X payah paham pon. aku merepek je nih.

Thursday, December 23, 2010

Words of appreciation

I just bought a new Sony ericsson Xperia X8. Thanx to my brother, Karim Daud, for willingly to buy this handphone. Really love it. Actually its a gift for me getting Straight for my trial. At first dreaming of Xbox 360 but thinking twice, my age as teenager does not very long. So, not very worth buying it as I was thinking of studying overseas(cita2 je besar) so I will less spend time at home. No time for xbox huh.





Thats the handphone. Latest model from Sony Ericsson. Seriously, same of the function is kinda weird. U got no inbox in the phone. U use conversation like chatting using Skype or Yahoo messenger. But still it cost u money for sending the message. Then I cant delete the file easily. It takes sometimes unless u connect it to the computer itself. There is no file manager I think. Im not really sure. But, really a nice phone to have. It use electron finger screen touch, (as Ili said lah). so u cant use nail or watever except for finger and anything that contain electrons I assume.

Once again, thx bro. Really appreciate ur gift.

Tuesday, December 21, 2010

Law of rules

If Newton can came up with his Law, why cant us. His first law which states that "every body remains in a state of rest or uniform motion (constant velocity) unless it is acted upon by an external unbalanced force" then followed by his second law which said "A body of mass m subject to a force F undergoes an acceleration a that has the same direction as the force and a magnitude that is directly proportional to the force and inversely proportional to the mass". He managed to prove his theory was right. But after all he made this theory from his observation. So what can be concluded is the theory is naturally occured isn't it? What I mean is ... hard to explain this. -.-


So I came up with my own theory saying that "there is only two colours of any object -- white and black". Why I said so? OK first because when in dark u can only see black and white. Every object seems to have their speciality to absorb colours and reflect them back. As we knew, the sunlight made up of seven colours. So an object have its power to absorb some of the colour and reflect some of them

Lets make this simple. For an example a red pen. When in the dark, u see it black. When u exposed it to the light, u see it red. The way im thinking is, it absorbs all the six colours and reflect the red colour. So we see it as red. Simple but never be thought eah.?

After all is just a theory. U cant say im wrong because I think that way. It just a theory. So lets make up our own theory and who knows, maybe we end up receving the Nobel Price. xD


Merepek je pemikiran aku nih


Monday, December 20, 2010

Kenangan

Semalam aku pergi Isyak di surau. Bukan nak riak tapi nak bercerita.Pakai la kain pelikat ngan baju yangmemang terpampang nama Koleq kat depan dengan belakang baju.Kira ok la tuh. Tak adalah aku pakai tshirt ngan seluar Sahaja. Kalau tak memang nampak selekeh gila lah. Then habis Solat Isyak, tetiba Pak Cik Ghani buat pengunguman ada majlis tahlil kat rumah orang. Alahai apasal tak bagitau awal2. Boleh la aku pakai baju melayu siot. Tapi tu pun nasib baik pakai kain pelikat. duuh


So, pergi lah kami ke rumah beliau itu. Majlis kesyukuran untuk anak-anak dia yang baru bersunat. Dulu aku sunat pun tak adalah buat2 majlis macam nih. So, sampai2 orang yang datang dari surau ni mendapat layanan istimewa. Kitorang semua duduk dalam rumah, tetamu laen kat luar rumah. Macam mendiskriminasi pulakkan. Ahaha. Tapi x pe. Oleh sebab tak ada Imam malam tuh, ayah aku mengetuai bacaan Yasin. So kitorang pun baca, baca dan baca. Aku tengok jek dua orang budak yang tengah terbaring atas tilam tu. Tak habis2 pegang duit dorang. Jeles doeh. RM5 kot. Banyak tuu. Aku sunat pun tak pernah dapat duit. -.-

Maka habis lah kami membaca Yasiin. Time makan lak. Aku amek la ayam banyak2. Pastu bebudak belakang aku bising, "eh, banyaknya abang makan". Tak ke siot ayat dia tuh. Suka hati aku lah nak makan banyak mana. durr.. Aku duduk la dengan pakcik2 surau tu kerana seperti biasa aku sorang je remaja yang ada kat situ. Dah habis makan, plastik dah disediakan tapi dorang letak atas lantai tu jek. Huhuhu. Memang tak patut langsung. Ngahaha. Tak baik kutuk lebih2.

So balik lah kami dalam hujan. Aku menjadi driver. Tak nampak bumper kot. Memang gedegak la sekali lalu atas bumper tuh. Sian ayah aku dan juga Pakcik Ujang..


Maka tamatlah cerita yang membosankan ini. X perlu membacanya kalau tak ingin membacanya.


Saturday, December 18, 2010

New era

<

Saja nak memenuhkan post aku ni. Tak tahu nak tulis apa. Then, letak lah lagu linkin park nih. Really love this song. Cuba untuk memahami apa yang dia cakap. Tapi still tak paham2. Lantak lah. Yang penting enjoy je lagu nih.


Tadi chatting ngan si Zai. About scholarship. Seriously aku rasa macam cuak-cuak lak nak pergi interview nanti. Dia cakap jangan risau. Boleh punya.! Dia yang berani cakap pun pergi study Kat kolej mana entah after spm. Aku ni yang asyik tergagap kat atas pentas macam mana la pulak.! Takkan nak tercungap-cungap sesak nafas kot. Risau doeh. And then, aku tak mengambil kelebihan yang aku ada untuk apply scholarship. Result trial dah Straights tapi tak apply mana2 pon. Macam tak ada faedah ajek. Alahai. bukan tak nak apply tapi tak tahu nak apply apa. Tapi takpe, nanti aku nak cari lah.

Apa-apa pun ayah aku suruh pergi PLKN! Alahai. I hate this. Nak pergi ke tak nak? Tapi aku x nak botak! thats my greatest fear kot. Botak is not bad buts its the worse lah. Cuba bayangkan aku tak ada rambut! Time rambut pendek pun buruk, apatah lagi rambut yang sedia tak ada nih. Aaalahai..



Saturday, December 11, 2010

Kisah si arnab.

Hari Rabu, Hari habis SPM. Balikk hari tu jugak. Sampai-sampai kat rumah around 1 am. Tengok-tengok dalam sangkar ada anak arnab! 6 ekor comel-comel lak tuh. Tapi agak menggelikan sebab sekor-sekor tak ada bulu. Time aku balik, time tu jugak mamanye bersalin. Betullah apa kakak aku cakap. Dia tak kan beranak selagi aku tak balik.

Tapi, tu bukan benda yang aku nak cakap sekarang nih. Nak cerita pasal mama si Arnab yang punya lah geram aku tengok. Rasa macam nak tarik jek telinga dia, tapi sebab kecomelannya dan tompok-tompok hitam kat badan beliau, tak sampai hati lak. So below is the pics. Si betina yang agak mengiurkan! hahaha


Yang jantan lak kena kurung kat tempat lain. Sian gak aku tengok. Hasil bantingan tulang aku ngan ayah aku pagi tu jugak terhasillah sebuah sangkar! Sangkar tu dah lah kecil. Memang dia tak banyak gerak. Tengok jer lah. Dulu aktif gila, sekarang duduk jek termenung. Begitulah kehidupan sehariannya. Haish.


lepak sentiasa

sangkar kecik! keluar pun x nak

Disebabkan si betina ni malas menyusu. Maka petang tadi aku tengok agak menyedihkan lah. 2 ekor sudah mati. Lagi 2 ekor dah nazak. Siot lah. Penat me and my dad paksa. Last2 pegang dia kuat2, amek anak2 dia letak atas badan. Nyusu pun. Tu pun setelah dipaksa. Tapi apa-apa pun, tinggal 2 ekor anak arnab yang bakal meneruskan perjuangan. Hopefully lah berjaya.!


NAZAK! tidak mampu diselamatkan =(



Sebagai pengajarannya, kita janganlah gelak apabila anak arnab NAZAK.! Ingatlah wahai anak-anak.

Tapi aku masih tak tahu apa nak buat time cuti SPM nih. oh tolong lah aku jangan membazir masa ngan tidor jek. Tak ingin pun tapi terpaksa.! ahaha

Thursday, December 9, 2010

Semua sudah berlalu

11 tahun jangka masa yg lama. Tapi akhirnya abis juga tempoh tu sebagai aku bergelar pelajar sekolah. No more white uniform school! No more killing my dreaming. No more cold morning water! All left is a untold future. Im worried about it totally.

Banyak benda aku nak belajar, nak buat. Tapi 2 hari cuti nih, nampak gayanya aku masih dalam tampuk kemalasan yang lama!

Aku nak belajar menulis blog -- tak belajar lagik --
Ingin belajar memandu! -- asyik mati jek kereta --
Ingin buat akaun kat photobucket! -- tak ada gambar nak letak --

Dan macam2 lagik dan mostly nya tak berjaya dilaksanakan. Tapi tak mengapa. Masa masih lagi berdetik. Jantung masih lagik mengepam darah. Dan pikirkan balik, macam ada faedah je pegi PLKN tuh (omg). Tapi pikir pros and cons, better duduk rumah lah kan. Tak perlu bangun awal, tak perlu follow the flow dan macam2 lagik!