Monday, December 20, 2010

Kenangan

Semalam aku pergi Isyak di surau. Bukan nak riak tapi nak bercerita.Pakai la kain pelikat ngan baju yangmemang terpampang nama Koleq kat depan dengan belakang baju.Kira ok la tuh. Tak adalah aku pakai tshirt ngan seluar Sahaja. Kalau tak memang nampak selekeh gila lah. Then habis Solat Isyak, tetiba Pak Cik Ghani buat pengunguman ada majlis tahlil kat rumah orang. Alahai apasal tak bagitau awal2. Boleh la aku pakai baju melayu siot. Tapi tu pun nasib baik pakai kain pelikat. duuh


So, pergi lah kami ke rumah beliau itu. Majlis kesyukuran untuk anak-anak dia yang baru bersunat. Dulu aku sunat pun tak adalah buat2 majlis macam nih. So, sampai2 orang yang datang dari surau ni mendapat layanan istimewa. Kitorang semua duduk dalam rumah, tetamu laen kat luar rumah. Macam mendiskriminasi pulakkan. Ahaha. Tapi x pe. Oleh sebab tak ada Imam malam tuh, ayah aku mengetuai bacaan Yasin. So kitorang pun baca, baca dan baca. Aku tengok jek dua orang budak yang tengah terbaring atas tilam tu. Tak habis2 pegang duit dorang. Jeles doeh. RM5 kot. Banyak tuu. Aku sunat pun tak pernah dapat duit. -.-

Maka habis lah kami membaca Yasiin. Time makan lak. Aku amek la ayam banyak2. Pastu bebudak belakang aku bising, "eh, banyaknya abang makan". Tak ke siot ayat dia tuh. Suka hati aku lah nak makan banyak mana. durr.. Aku duduk la dengan pakcik2 surau tu kerana seperti biasa aku sorang je remaja yang ada kat situ. Dah habis makan, plastik dah disediakan tapi dorang letak atas lantai tu jek. Huhuhu. Memang tak patut langsung. Ngahaha. Tak baik kutuk lebih2.

So balik lah kami dalam hujan. Aku menjadi driver. Tak nampak bumper kot. Memang gedegak la sekali lalu atas bumper tuh. Sian ayah aku dan juga Pakcik Ujang..


Maka tamatlah cerita yang membosankan ini. X perlu membacanya kalau tak ingin membacanya.