Thursday, December 8, 2011

Watak dan Perwatakan Dalam Filem Hantu

Okay, kali ini kita bercerita pasal watak yang ada dalam filem2 seram Malaysia dan bagaimana perwatakan diorang agar cerita yang agak merepek jalan ceritanya boleh dihabiskan dalam masa 1 jam 30 minit.

Watak Utama
Watak utama memainkan peranan yang penting dalam jalan cerita. Selalunya watak inilah yang akan dikacau oleh hantu-hantu. Watak utama ini juga boleh dikatakan seorang yang kurang pandai ataupun kurang bijak ataupun kurang didikan ataupun bahasa kasarnya bodoh kerana dia dah tahu dia kena kacau dek hantu, dia akan ikut jugak benda-benda yang misteri. Pergi keluar sorang-sorang, mencari bunyi yang menakutkan dan pelbagai lagi. Watak utama juga yang selalu meraung kuat-kuat sorang2, menangis tak cukup nafas tetapi tak keluar air mata pun. pastu lepas tuh ok dah macam tak ada apa2 berlaku. Kuat betul Iman diorang. 


Watak Pembantu
Selalunya watak pembantu ni akan sentiasa bersama watak utama. Mereka akan membantu watak utama untuk menjadikan jalan cerita lebih realistik dan menarik. Watak pembantu kadangkala turut juga akan dikacau hantu ataupun merekalah yang menteteramkan watak utama apabila kena kacau hantu. 


Watak Tak Percaya Hantu
Dalam semua filem seram mesti wajib ada watak nih. Watak ini akan menafikan kewujudan hantu. Semua jenis hantu tak percaya. Cakap besar. Dan yang paling penting, watak ini akan dikacau hantu dan dioranglah yang akan terlebih traumanya. Watak ini akan memprotes watak utama yang kena kacau.


Watak yang setiap ayatnya mempunyai penuh makna
Heh. Selalunya watak ni tak banyak cakap. Tapi sekali cakap, berbunga-bunga bahasanya. Selalunya watak ini amat misteri. Kemunculannya ketika watak-watak lain semua memerlukan pertolongan. Setiap patah perkataannya tidak disia siakan dengan perkataan yang tidak berfaedah melainkan perkataan yang amat bermakna. Watak ini juga selalunya yang akan menyelamatkan watak utama dari kene kacau. Contohnya seperti "korang semua harus berhati-hati". Nadanya akan secara berbisik ataupun penuh dengan misteri.



Watak Hantu
Watak ini paling penting dalam pembikinan filem seram melayu. Yelah, kalau tak ada watak ni, bukan filem hantu la namenye kan. Watak ni hanya akan muncul sewaktu muzik yang seram je berkumandang. Time muzik hepi dia tak akan keluar. Selalunya watak ini berpakaian putih, rambut panjang, muka berdarah, muka tak ada dan macam2 lagi yang tidak boleh dibayangkan. Tetapi ada juga watak ini yang memakai kostume wanita cantik. Selalunya hantu wanita cantik akan mempunyai suara yang ada echo. Watak hantu juga akan lari-lari ke sana sini kerana tidak mahu dilihat oleh penonton. Make up yang ditampal kepada muka hantu juga amat tebal. Sebab itu apabila mendengar tangisan orang menangis, air mata tak keluar pun. Takut make up terjatuh.